Saya menulis dengan hati dan minda yang terbuka. Thank you for coming (;|+Follow | DBoard|

Monstaa.

Sila Jaga Mulut Masing-masing.
Saturday, April 6, 2013 | 1:11 AM | 0 ChickyCherry
Pasal jaga mulut pun nak kena pesan?

MEMANG. Manusia harus selalu diingatkan. Manusia selalu lupa, selalu lupa berfikir sebelum bertindak. Selalu buat sesuatu secara melulu, tanpa berfikir masak-masak, tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang, baik negatif mahupun positif. Dan inilah yang selalunya berlaku. 

PERGADUHAN.

Tak kiralah gaduh dengan siapa pun. Kadang-kadang dengan kawan rapat sendiri pun boleh gaduh. Takpayah fikir jauh-jauh lah, dengan parent sendiri pun kadang-kadang boleh gaduh. Sebab apa? Sebab kurangnya rasa HORMAT dalam diri salah seorang, ataupun memang dua-dua orang tak reti hormat.  

Benda yang selalu jadi dekat sekolah, mesti gaduh pasal mulut. Mesti ada je yang tak puas hati dengan kita, yang jealous dengan kita, yang tak puas hati dan yang sewaktu dengannya. Bila ada perasaan tak puas hati, mesti buat cerita. Buat fitnah. Mengumpat sana-sini. Cerita dekat ramai orang yang budak dia benci tu potpetpotpet, blablabla. Semuanya buruk-buruk. Tak ada satu pun yang baik. Walhal budak yang dia umpat tu tak buat dosa pun kat dia. Semuanya sebab perasaan JEALOUS.

Aku tak tahu kenapa aku diumpat, difitnah, diburukkan di hadapan orang lain. Walaupun semua tu berlaku di belakang aku, aku tahu benda tu mesti terjadi. Aku tak tahu kenapa.. Walhal aku tak kacau hidup si pengumpat tu pun. Mungkin dia jealous dengan aku? Tapi jealous sebab apa? :(

Pesanan untuk si pengumpat ; 

Jagalah mulut awak. Jaga peribadi awak. Orang yang dengar umpatan awak tu akan label awak sebagai manusia paling bodoh sekali. Sebab apa? Sebab awak jaja cerita yang tak betul. Awak buat fitnah. Nampak sangat awak jealous, tak puas hati, cemburu dengan apa yang saya ada. Tak puas hati? Datanglah sini, jumpa saya face-to-face, cakap apa yang awak tak puas hati. Tolong buang hasad dengki dalam diri. TOLONGLAH. Jaga peribadi sendiri, saya takkan kacau hidup awak kalau awak tak kacau hidup saya.

Terima kasih :)

Selamat Hari Lahir yang ke-17 :')
Friday, March 29, 2013 | 9:57 AM | 1 ChickyCherry
Macam biasa, boleh pause lagu Bruno Mars and on lagu kat bawah :D

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Hubungan jarak jauh itu menyeksakan.


Aku tidak bercinta, aku tidak couple, aku cuba untuk elakkan daripada hubungan yang berdosa. Mungkin Allah nak selamatkan kita, Ikwan. Mungkin Iwan tanya, kenapa Izza call sekali je. Sebab Izza rasa Allah memang tak kasi Izza call Iwan. Ayat macam poyo, tapi kalau hayati mesti dapat maksud paling dalam sekali. Bukan nak jiwang, tapi kenyataannya, kita memang tak boleh berhubung. Hubungan kita jarak jauh. Tak pernah cakap sama-sama, tak pernah call, tak pernah berjumpa 2 orang. Semoga Allah panjangkan umur awak, murahkan rezeki awak, cemerlang dalam pelajaran, berjaya dunia dan akhirat, semoga awak jadi anak yang soleh dalam keluarga awak :D


Happy Birthday, Mohammad Ikwan Hazim. :D 


May Allah bless you, engineer. 
Jaga Diri Sendiri, Perempuan.
Thursday, March 28, 2013 | 8:20 AM | 0 ChickyCherry
Ini tajuk hangat yang sangat serious. Perempuan-perempuan di luar sana, TOLONG JAGA MARUAH.

Ingat, Allah letak maruah perempuan tu TINGGI. Janganlah rendahkan maruah tu. Straight to the point, janganlah senang sangat jatuh cinta, jangan senang sangat mengaku dekat lelaki yang kau suka dia, jangan senang sangat kejar-kejar lelaki, jangan senang sangat ingat yang lelaki tu suka kau jugak. Senang cerita, janganlah SYOK SENDIRI.

Mungkin bahasa aku sangat kasar untuk post kali ini? Tapi aku dah simpan benda ni lamaaaaaaaaaaaaaa sangat sebenarnya. Dah lama aku tengok perangai perempuan-perempuan dekat Twitter. Minta maaflah, aku memang tak reti nak simpan-simpan ni. Tapi aku nak jelaskan, perempuan-perempuan yang aku maksudkan tak ada kaitan langsung dengan senior perempuan. Diulangi, tak ada kaitan langsung dengan senior perempuan. Konsep aku senang je;

They're seniors, they rule the rules. 

Buat junior-juniorku yang tercinta, juga batchmate aku khususnya perempuan,
 jangan cepat jatuh cinta dengan lelaki. Walaupun lelaki tu bagi kau ayat manis macam susu F&N 10 lori, tahanlah sikit, kuatkan iman. Kalau rasa tak kuat, letak Al-Quran kat sebelah PC/Laptop. Bila lelaki tu jiwang je, kau baca Al-Quran terus. Tak banyak, dua tiga ayat cukup. Cukuplah bagi kau kekuatan untuk kau lawan ayat-ayat manis tu. Tooooooooooooooooolong perempuan, jaga diri masing-masing. Aku taknak tengok korang kena kutuk kat belakang, kadang-kadang lelaki cakap dengan perempuan lain, bila dia jumpa geng dia, dia kutuk perempuan tu. Aku bukan cakap semua, tapi aku tahu ada yang macam tu. 

"Simpan untuk yang sah."
Mimi.
Monday, March 25, 2013 | 11:31 PM | 0 ChickyCherry
 When she can still smile brightly.

Pause lagu Bruno Mars, tolong pasang lagu ini.



Aku tak tahu nak mula dari mana, aku rasa ramai dah tahu pasal benda ni. Mimi Nur Azlein binti Mat Nasir, cukup aku kenalkan sebagai student  form 3 MRSM Pontian, batchmate aku, homeroomate and classmate. Aku tak terhadkan post ni untuk batchmate aku sahaja, sebab aku tahu student MRSM Pontian semuanya unite, macam siblings walaupun kita selalu main batch kat maktab :3 *seriousnya ayat!*

Rasanya ramai dah tahu yang Mimi sakit. Sakit apa? Tu yang cliche. Let me tell you guys.

Hati Mimi bengkak, jantung dia ada komplikasi and paru-paru dia berair.


When she was in ICU. She was in ICU for 4 days and 4 days in ward.



Never expect that she'll face a big challenge like this. Actually Mimi sakit kaki since last year, when she got back from cuti apa ek, tak ingat. Yang penting cuti tu bulan 7. Dia balik dari rumah ke maktab dengan budakII Muar. Dia angkat luggages daripada pintu pagar maktab sampai aspuri. Once she arrived in front of rumah Ustaz Jawwad, (bawah pokok limau bali) dia cakap camni :


"B*b* ah! Berat gila beg ni!"

Mungkin beg tu berat sangat, jadi dia TERmencarut kat situ. Btw, dulu Mimi memang suka mencarut. Bagi dia, mencarut boleh hilangkan stress. Tapi ternyata mencarut tu tak bawak kebaikan apa-apa pun, tambah dosa je. So since kejadian bawah pokok bali, Mimi dapat penyakit sakit kaki. 


Day by day, month by month. Penyakit sakit kaki Mimi tu makin kronik. Aku suka cubit dia, jadi satu hari tu cam biasa lah, aku cubit dia. Sekali aku cubit, dia jerit SAKIT. Feh, terkejut gila aku. SAKIT?! Sebelum ni takde pape pun.. Tapi aku degil, aku cubit dia jugak. Mimi tembam, bila aku cubit dia tu macam aku cubit belon berisi air :p Sakit kaki Mimi berlarutan saaaaaaaaaaampai tahun ni. 

Sejak dia sakit, waktu rehat dia tak pergi DS langsung. Kadang-kadang dia mintak tolong orang lain belikan makanan untuk dia kat koop. Itu pun kadang-kadang je.


Mimi selalu gaduh dengan Zakier. Bila Mimi takde, baru sebok nak rindu T_T Time Mimi ada asyik gaduh je -.-



Mimi kata dia dah buang segala benda yang duduk dalam badan dia, tapi kaki dia remain the same. Still sakit. Tahun ni dia banyak kali balik rumah sebab nak berubat katanya. Sampailah hari Ahad haritu, 17 Mac. Aku nampak penyakit dia makin kronik. Aku nampak dia sesak nafas masa buat duty toilet. Aku marah dia, aku suruh dia balik bilik, tak payah buat duty. Tapi dia degil, dia acting konon takde pape, padahal sesak nafas, dahlah toilet sejuk, tetap nak buat duty.

Petang tu, Mimi balik rumah. Padahal hari Sabtu dia balik maktab. Esoknya balik rumah semula. Mungkin dia dah tak tahan. Mimi tak inform aku pun yang dia balik rumah semula. Mungkin aku ni bukan siapa-siapa pada dia..



Masa jamuan 2 Oxford 2012.

2 days later..
Habis solat Maghrib berjemaah, Ustaz Anas announce pasal Mimi. Ustaz Anas cakap Mimi ada komplikasi jantung, hati bengkak dengan paru-paru berair. Ya Allah.. Aku tak sangka :'( Kawan aku yang selalu riuhkan suasana, yang suka jerit-jerit, yang suka buat lawak, yang ada waktu aku susah dan senang, yang jadi bendahari kelab (padahal aku bendahari, Mimi vice pres) tiba-tiba sakit kronik.. Aku terasa sangat bila dia tak ada. Ramai nangis waktu tu, tapi aku tak nangis sebab aku tahu Mimi kuat hadapi semua ni. 

Semalam
Aku dengan family aku lawat Mimi kat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Masa tu aku tak yakin aku dapat jumpa Mimi. Bukan apa, aku pergi ke sana tanpa apa-apa pengetahuan. Aku tak tahu Mimi wad berapa, katil apa, semua aku tak tahu. Nasib baik receptionist banyak membantu :'D

Sampai je kat Wad 10 (Wad Perubatan Perempuan) Aku nampak Mimi tengah baring mengiring ke kanan. I came closely to her. Ya Allah, kurusnya Mimi T.T That was my first expression. Tak banyak  salur yang bersambung kat badan dia, maknanya dia makin sihat. Lepas tu, my parent bual-bual dengan mak dia. Masa tu, yang ada cuma makcik dia dengan mak dia je.

Mak Mimi cakap :

"Saya balik rumah bukan duduk diam je, saya bawak Mimi ni berubat sampai ke KL. Saya bawak dia pergi Darul Syifa' tapi orang kat sana kata Mimi takde penyakit apa-apa. Saya bawak dia ke hospital swasta, pun doktor kata Mimi tak ada penyakit apa-apa walhal kaki Mimi dah bengkak sampai tak nampak lubang antara jari kaki tu. Doktor kat Hospital Pontian pun dah pernah ambil darah Mimi dan dibawak ke JB, tapi hasil darah tu menunjukkan Mimi tak ada apa-apa penyakit. Saya banyak kali bawak dia pergi berubat, kak"

Dekat hospital swasta, doktor tu boleh cakap macam ni : "Alah, kaki bengkak sikit je ni. Takde apa-apa pun sebenarnya," 

Cuba bayangkan kalau anda berada di tempat ayah/ibu Mimi. Mesti terkilan kan? Kita dah berusaha, tapi hasil tak ada. Aku kesian dekat mak Mimi, apatah lagi Mimi. Sampai ke KL mak dia bawak, tapi semua kata tak ada penyakit. Sampailah satu malam tu, mak Mimi bawak Mimi pergi Hospital Pakar Muar. Itu pun atas nasihat nurse yang tinggal berdekatan dengan rumah Mimi.

"Akak bawaklah Mimi pergi hospital kak, nanti saya suruh doktor X-Ray kan"  Nurse tu cakap dekat mak Mimi.

Sampai hospital, Alhamdulillah everything went smoothly. Doktor ambik darah and result terus dapat masa tu jugak, doktor X-Ray badan Mimi and paru-paru Mimi dah kembang sebab dipenuhi air. Doktor buang air daripada paru-paru Mimi, mak Mimi kata banyak sangat airnya. 

Sebab tulah Mimi masuk ICU. Penyakit dia terlalu kronik. Paru-paru berair, hati bengkak dengan komplikasi jantung. Semua tu bahagian penting dalam badan kan? 

Doktor tu cakap lagi, "Kalau penyakit ni kena dekat orang yang bukan umur Mimi, mungkin orang tu dah lama pergi (meninggal). Mungkin sebab Mimi budak lagi, jadi dia kuat semangat."
 Aku tahu Mimi kuat. Sama-samalah kita doakan Mimi :') Bila Mimi takde, sunyi sangat hidup aku. Orang-orang yang rapat dengan dia lagilah terasa kehilangan :(


Dear sunshine, I miss you so much :')

PBSM. Some of the juniors said they miss Kak Mimi. Mimi paling riuh masa perjumpaan. Tak heranlah kalau dia dikenali semua orang xD

Form 2 - Homeroom Activity
Second runner up for Stable and High Building Competition.
Waktu tu Mimi vice pres, dan dia dah berjaya capai kejayaan. Sekarang aku pulak vice pres, tapi tak menang ape-ape pun lagi tsk tsk T_T

When we work together. Mimi presiden kelab tahu? :D


Mak Mimi kata, mungkin dia akan pindahkan Mimi daripada MRSM Pontian sebab lepas ni Mimi ada treatment lagi. Lepas tu Mimi kena pergi IJN (Institut Jantung Negara), X-Ray otak and ape lagi ntah, tak ingat T.T Bila mak Mimi cakap macam tu, aku perasan Mimi nangis :'( Mesti dia sedih sebab kena pindah sekolah. Tapi kalau Mimi tak pindah sekolah, susahlah mak dia berulang-alik dari Pontian ke Muar, KL. 

We always support you, Mimi! :')

Cuti ini.
Saturday, March 23, 2013 | 12:29 AM | 0 ChickyCherry
*nangislah kau!*
*padan muka hahahahah*

Well dialouge pun sudah bimbo habis, sebenarnya tak tahu nak cerita apa hahahahah. Aku cuma nak bagitahu yang aku dah siap edit blog dengan jayanya, cuma belum exchange link dengan kawan-kawan. Mungkin lepas balik tusyen baru aku exchange. Tunggu tau.

Oh ye, cuti seminggu kali ini nampaknya lebih padat dan berkhasiat seperti Milo 3 in 1. *ade ke hahah* Tapi, padat dua tiga hari je. Yang selebihnya tak tahu lah. Esok nak pergi tengok Mimi kat hospital InsyaAllah. 

Ok itu je. Assalamualaikum.
Cuti sekolah 4 hari je?!
Sunday, February 10, 2013 | 1:41 AM | 0 ChickyCherry
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh! :)
Peace be upon to you :-)

Ramai yang tanya, "Kenapa cuti kau pendek sangat?" Termasuklah parent aku. Manalah aku tau kenapa cuti kali ni pendek sangat, sebab aku student MRSM cuma ikut apa yang MARA dah susun. Maybe sebab MRSM 99% melayu, maka cuti raya cina ni tak penting lah kiranya. Tapi dekat luar tu.. Kemain lagi. Ramai mintak cuti awal, dah dapat cuti seminggu pun nak cuti awal, amboi nak pergi around the world in a week ke? Ni cuti raya cina, bukan cuti jalan-jalan eh, ingat sikit eheks.

Kita bukan nak bersifat racist ke apa, tapi kat Twitter tu haa, ramai yang wish "Chinese New Year" dekat malay. Hang dah tau dia tu beragama Islam, berbangsa melayu, yang hang wish dia Chinese New Year tu buat apa? Dahlah yang wish tu pun orang melayu, amboii macam tak cukup terang je mata dia. Macam nak mengacah pulak. Macam nak mempersendakan agama dan bangsa orang tu. Chinese pun tak wish orang melayu Chinese New Year tau!


"Bersyukurlah kita boleh balik rumah, jumpa parent, boleh online dengan riang rianya, yang dapat bercuti tu lagilah untung kan. Cuba fikir warden-warden yang tak dapat balik tu? Ingat diorang taknak balik ke? Diorang nak balik jugak, tapi terpaksa jaga kawan-kawan kita yang tak balik tu. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita dapat :)"

Kenapa pointer saya mesti 3.5 and above?!
Sunday, November 25, 2012 | 2:06 AM | 0 ChickyCherry
girl | Tumblr

Ni saya. Jangan marah saya freehair. *SumpahTakLawak.

Assalamualaikum teman-teman! Apa kabar? Sihat? Nggak sihat? Makan ubat dong kalo kamu sakit! (ceh beriya seh cakap Indon -_-)

Yang sebenarnya..

Aku tak tahu nak cakap pasal apa. TAPI TUNGGU! Yeah dah dapat idea. Hmm sebenarnya aku penat tunggu pointer ni. (Bukan ke tak baik merungut?) Tapi, setiap manusia ada tahap kesabarannya kan. Kalau hari-hari tunggu, ingat tak terkikis ke kesabaran di hati ini? (Syahdunya ayat kau Giga, hmphhh)

Tapi bila fikir balik..(tapi lagi)

Aku beriya tunggu pointer. Bila aku dok temenung tepi tingkap tu, (ceh tingkap la sangat) apahal aku beriya seh tunggu surat pointer tu? Best sangat ke? (Nampak sangat takde soalan). Pointer tu bagus sangat ke? Haa ni baru soalan yang betul.

By the way. Aku pelik tau. MRSM lain dah dapat pointer! Kenapa MRSM Pontian tak dapat lagi? Teruk sangat ke result student Pontian? Atau cemerlang sangat sehingga pengetua terlalu busy tandatangan dan ucapkan tahniah pada setiap surat kami? Ataupun.. What do you expect?

Apapun, aku harap sangat pointer aku lepas 3.5. Masa Semester 1, kalau ikut gred PMR, 3A je tau aku dapat?! Dahla MATH dapat C, macam tak pernah belajar Math je aku ni -.- But for Second Semester ni, Alhamdulillah markah aku naik, walaupun tak capai A lagi. But it was B-. Kira okaylah tu kan? At least ada peningkatan juga.

Lagi satu! Kenapa aku nak pointer 3.5 and above? Sebab aku nak beli Galaxy S III. Kalau aku dapat 3.5 and above, senanglah nak usha-usha and bodek-bodek parent I, senangla I nak capai cita-cita I sekarang ni, nak beli Galaxy S III! Hihuhahe (kalau excited takyah ketawa camtu pun takpe kot, bukan confirm dapat 3.5 pun)

Doakanlah saya kawan-kawan :') (Menangis tak berlagu)

Sekian.

Facebook

Kata-kata hikmat yang boleh mengubah diri anda (cewah diri sendiri pun tak betul lagi)

Ok Assalamualaikum x_x

Older Post
The Webmaster



Bonjour Fellas! Thanks for coming here, dear viewers and readers! Wanna me to follow you? Leave your words in my shoutbox. Gracias! ;)

Navigations

Entries About Links

Tagboard




Now Playing



Biarkan Aku Berundur :')

Credit



Template : Aina Hanani
Background : Sis Una
Image : We ❤ it
Best view : Google Chrome
Sucks on Mozilla and Internet Explorer