Mimi.
Monday, March 25, 2013 | 11:31 PM | 0 ChickyCherry
When she can still smile brightly.
Pause lagu Bruno Mars, tolong pasang lagu ini.
Aku tak tahu nak mula dari mana, aku rasa ramai dah tahu pasal benda ni. Mimi Nur Azlein binti Mat Nasir, cukup aku kenalkan sebagai student form 3 MRSM Pontian, batchmate aku, homeroomate and classmate. Aku tak terhadkan post ni untuk batchmate aku sahaja, sebab aku tahu student MRSM Pontian semuanya unite, macam siblings walaupun kita selalu main batch kat maktab :3 *seriousnya ayat!*
Rasanya ramai dah tahu yang Mimi sakit. Sakit apa? Tu yang cliche. Let me tell you guys.
Hati Mimi bengkak, jantung dia ada komplikasi and paru-paru dia berair.
When she was in ICU. She was in ICU for 4 days and 4 days in ward.
Never expect that she'll face a big challenge like this. Actually Mimi sakit kaki since last year, when she got back from cuti apa ek, tak ingat. Yang penting cuti tu bulan 7. Dia balik dari rumah ke maktab dengan budakII Muar. Dia angkat luggages daripada pintu pagar maktab sampai aspuri. Once she arrived in front of rumah Ustaz Jawwad, (bawah pokok limau bali) dia cakap camni :
"B*b* ah! Berat gila beg ni!"
Mungkin beg tu berat sangat, jadi dia TERmencarut kat situ. Btw, dulu Mimi memang suka mencarut. Bagi dia, mencarut boleh hilangkan stress. Tapi ternyata mencarut tu tak bawak kebaikan apa-apa pun, tambah dosa je. So since kejadian bawah pokok bali, Mimi dapat penyakit sakit kaki.
Day by day, month by month. Penyakit sakit kaki Mimi tu makin kronik. Aku suka cubit dia, jadi satu hari tu cam biasa lah, aku cubit dia. Sekali aku cubit, dia jerit SAKIT. Feh, terkejut gila aku. SAKIT?! Sebelum ni takde pape pun.. Tapi aku degil, aku cubit dia jugak. Mimi tembam, bila aku cubit dia tu macam aku cubit belon berisi air :p Sakit kaki Mimi berlarutan saaaaaaaaaaampai tahun ni.
Sejak dia sakit, waktu rehat dia tak pergi DS langsung. Kadang-kadang dia mintak tolong orang lain belikan makanan untuk dia kat koop. Itu pun kadang-kadang je.
Mimi selalu gaduh dengan Zakier. Bila Mimi takde, baru sebok nak rindu T_T Time Mimi ada asyik gaduh je -.-
Mimi kata dia dah buang segala benda yang duduk dalam badan dia, tapi kaki dia remain the same. Still sakit. Tahun ni dia banyak kali balik rumah sebab nak berubat katanya. Sampailah hari Ahad haritu, 17 Mac. Aku nampak penyakit dia makin kronik. Aku nampak dia sesak nafas masa buat duty toilet. Aku marah dia, aku suruh dia balik bilik, tak payah buat duty. Tapi dia degil, dia acting konon takde pape, padahal sesak nafas, dahlah toilet sejuk, tetap nak buat duty.
Petang tu, Mimi balik rumah. Padahal hari Sabtu dia balik maktab. Esoknya balik rumah semula. Mungkin dia dah tak tahan. Mimi tak inform aku pun yang dia balik rumah semula. Mungkin aku ni bukan siapa-siapa pada dia..
Petang tu, Mimi balik rumah. Padahal hari Sabtu dia balik maktab. Esoknya balik rumah semula. Mungkin dia dah tak tahan. Mimi tak inform aku pun yang dia balik rumah semula. Mungkin aku ni bukan siapa-siapa pada dia..
Masa jamuan 2 Oxford 2012.
2 days later..
Habis solat Maghrib berjemaah, Ustaz Anas announce pasal Mimi. Ustaz Anas cakap Mimi ada komplikasi jantung, hati bengkak dengan paru-paru berair. Ya Allah.. Aku tak sangka :'( Kawan aku yang selalu riuhkan suasana, yang suka jerit-jerit, yang suka buat lawak, yang ada waktu aku susah dan senang, yang jadi bendahari kelab (padahal aku bendahari, Mimi vice pres) tiba-tiba sakit kronik.. Aku terasa sangat bila dia tak ada. Ramai nangis waktu tu, tapi aku tak nangis sebab aku tahu Mimi kuat hadapi semua ni.
Semalam
Aku dengan family aku lawat Mimi kat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Masa tu aku tak yakin aku dapat jumpa Mimi. Bukan apa, aku pergi ke sana tanpa apa-apa pengetahuan. Aku tak tahu Mimi wad berapa, katil apa, semua aku tak tahu. Nasib baik receptionist banyak membantu :'D
Sampai je kat Wad 10 (Wad Perubatan Perempuan) Aku nampak Mimi tengah baring mengiring ke kanan. I came closely to her. Ya Allah, kurusnya Mimi T.T That was my first expression. Tak banyak salur yang bersambung kat badan dia, maknanya dia makin sihat. Lepas tu, my parent bual-bual dengan mak dia. Masa tu, yang ada cuma makcik dia dengan mak dia je.
Mak Mimi cakap :
"Saya balik rumah bukan duduk diam je, saya bawak Mimi ni berubat sampai ke KL. Saya bawak dia pergi Darul Syifa' tapi orang kat sana kata Mimi takde penyakit apa-apa. Saya bawak dia ke hospital swasta, pun doktor kata Mimi tak ada penyakit apa-apa walhal kaki Mimi dah bengkak sampai tak nampak lubang antara jari kaki tu. Doktor kat Hospital Pontian pun dah pernah ambil darah Mimi dan dibawak ke JB, tapi hasil darah tu menunjukkan Mimi tak ada apa-apa penyakit. Saya banyak kali bawak dia pergi berubat, kak"
Dekat hospital swasta, doktor tu boleh cakap macam ni : "Alah, kaki bengkak sikit je ni. Takde apa-apa pun sebenarnya,"
Cuba bayangkan kalau anda berada di tempat ayah/ibu Mimi. Mesti terkilan kan? Kita dah berusaha, tapi hasil tak ada. Aku kesian dekat mak Mimi, apatah lagi Mimi. Sampai ke KL mak dia bawak, tapi semua kata tak ada penyakit. Sampailah satu malam tu, mak Mimi bawak Mimi pergi Hospital Pakar Muar. Itu pun atas nasihat nurse yang tinggal berdekatan dengan rumah Mimi.
"Akak bawaklah Mimi pergi hospital kak, nanti saya suruh doktor X-Ray kan" Nurse tu cakap dekat mak Mimi.
Sampai hospital, Alhamdulillah everything went smoothly. Doktor ambik darah and result terus dapat masa tu jugak, doktor X-Ray badan Mimi and paru-paru Mimi dah kembang sebab dipenuhi air. Doktor buang air daripada paru-paru Mimi, mak Mimi kata banyak sangat airnya.
Sebab tulah Mimi masuk ICU. Penyakit dia terlalu kronik. Paru-paru berair, hati bengkak dengan komplikasi jantung. Semua tu bahagian penting dalam badan kan?
Doktor tu cakap lagi, "Kalau penyakit ni kena dekat orang yang bukan umur Mimi, mungkin orang tu dah lama pergi (meninggal). Mungkin sebab Mimi budak lagi, jadi dia kuat semangat."Aku tahu Mimi kuat. Sama-samalah kita doakan Mimi :') Bila Mimi takde, sunyi sangat hidup aku. Orang-orang yang rapat dengan dia lagilah terasa kehilangan :(
Dear sunshine, I miss you so much :')
PBSM. Some of the juniors said they miss Kak Mimi. Mimi paling riuh masa perjumpaan. Tak heranlah kalau dia dikenali semua orang xD
Form 2 - Homeroom Activity
Second runner up for Stable and High Building Competition.
Waktu tu Mimi vice pres, dan dia dah berjaya capai kejayaan. Sekarang aku pulak vice pres, tapi tak menang ape-ape pun lagi tsk tsk T_T
When we work together. Mimi presiden kelab tahu? :D
Mak Mimi kata, mungkin dia akan pindahkan Mimi daripada MRSM Pontian sebab lepas ni Mimi ada treatment lagi. Lepas tu Mimi kena pergi IJN (Institut Jantung Negara), X-Ray otak and ape lagi ntah, tak ingat T.T Bila mak Mimi cakap macam tu, aku perasan Mimi nangis :'( Mesti dia sedih sebab kena pindah sekolah. Tapi kalau Mimi tak pindah sekolah, susahlah mak dia berulang-alik dari Pontian ke Muar, KL.
We always support you, Mimi! :')



.jpg)










